PENAWAR RESDUNG MUJARAB

UBAT BUASIR

Tuesday, 15 July 2014

Majun Buasir Paling Masyhur Di Kelantan

Produk Majun ini adalah amalan tradisi orang-orang Kelantan sejak 20 tahun yang lalu. Majun ini ternyata berkesan hingga mampu menyembuhkan penyakit buasir yang kronik(berdarah). Kandungan Majun ini 100% daripada akar-akar kayu terpilih dan dijamin halal.

Dahulu ianya dijual di kedai-kedai kecil dan juga dari rumah ke rumah di daerah-daerah dalam negeri Kelantan sahaja. Tetapi apabila ahli  keluarga saya sendiri telah menggunakan majun ini dan alhamdulillah ternyata sembuh sepenuhnya. Lalu tergeraklah hati saya untuk sebarkan kepada orang ramai melalui Internet.

Pada mulanya Majun ini saya perkenalkan kepada saudara mara saya sendiri sahaja. Sekarang Majun ini mendapat sambutan hebat daripada orang-orang cina di Kelantan. Alhamdulillah dan Insya Allah selepas menggunakan Majun ini, Anda tidak perlu ke Hospital untuk membuat pembedahan Buasir.

Apa pun saya tak pandai nak menceritakan bahawa ubat ini lebih berkesan daripada Majun atau ubat-ubat yang lain. Tapi hakikatnya ubat ini memang berkesan. Sama juga seperi Penawar Resdung yang saya ceritakan dulu. Mula-mula saya ceritakan kelebihan dan keberkesanan ubat ini, ramai juga hamba-hamba Allah yang mengkiritik tanpa mencubanya terlebih dahulu.

Tapi Alhamdulillah selepas daripada itu ubat resdung yang saya cadangkan itu mendapat sambutan daripada ribuan pengguna di seluruh Malaysia. Dan tiada seorang pun pengguna yang melemparkan kritikan yang negatif. Malah hingga saat ini masih ramai yang membelinya. Alhamdulillah!

Lihat Simptom-simptom penyakit buasir ;
  1. Rasa sakit yang berdenyut-denyut , rasa gatal pada lubang dubur.
  2. Pendarahan  berlaku selepas dan sebelum membuang air besar dan rasa kepanasan di situ.
  3. Sukar untuk membuang air besar dan rasa tidak selesa pada bahagian dubur apabila berdiri lama atau bertinggung.
  4. Kesakitan pada bahagian dubur menyebabkan pesakit akan mengalami perubahan di dalam corak membuang air besar.
  5. Darah menitis dan tersembur keluar dari saluran dubur.
  6. Dalam tempoh pendarahan ini, pesakit itu boleh mengalami kekurangan darah.
  7. Ada yang tidak mengalami pendarahan, tetapi dikenali sebagai pembengkakan dubur.
Penyakit buasir ni atau Hemmoroid iaitu penyakit yang boleh terjadi dibahagian dubur. Ia terjadi bila saluran darah venus (veins) yang mengembang dan bengkak di sekitar dubur (rektum dan anus). Ada dua jenis buasir yang utama iaitu :

Buasir dalam. Ia berlaku di bawah kulit, betul-betul di luar pembukaan dubur. Ia mungkin akan menyebabkan sakit dan rasa gatal, terutamanya semasa pembuangan air besar. Buasir jenis ini agak lembut (jika dipegang dengan tangan). Ia selalunya berbentuk bulat, berwarna purple.

Buasir luar. Buasir jenis ini berlaku di bahagian dalam rektum. Selalunya buasir jenis ini tidak sakit. Penderita buasir jenis ini hanya akan menyedari masalah yang menimpanya bila terdapat darah yang keluar dari duburnya.

Jangan biarkan buasir anda menjadi semakin parah sehingga anda terpaksa membuat pembedahan di hospital. 

No comments:

Post a Comment